[xlviii]Lucky and Unlucky Seasons for Building
Project Gutenberg EPUB3 edition
Skeat, Walter William
Dan lagi pada menyatakan jika handak mendirikan rumah mahu-lah di-katahui baik dan jahat-nya didalam bulan yang duabĕlas itu:—Pertama-tama kapada bulan Muharram mendirikan rumah banyak haru-biru-nya. Dan kapada bulan Safar mendirikan rumah banyak beruleh harta dan sahya. Dan kapada bulan Rabi’-al-awal mendirikan rumah satelah sudah rumah itu tuan-nya mati. Dan kapada bulan Rabi’-al-akhir mendirikan rumah baik sentosa yang ampunya rumah itu. Dan kapada bulan Jumada-’l-awal mendirikan rumah itu ʿalamat kahilangan har[ta] dan pakeian. Dan kapada bulan Jumada-’l-akhir mendirikan rumah itu penyakitan lagi perchinta’an padah-nya. Dan kapada bulan Rejab mendirikan rumah terlalu jahat tiada balik lagi harta kahilangan itu ada-nya. Dan kapada bulan Shaʿban mendirikan rumah di-kasih sagala Raja-raja dan orang besar-besar bun rahmat akan dia sakalian ada-nya. Dan kapada Ramthan mendirikan rumah itu ʿalamat kadatangan amas dan perak ada-nya. Dan kapada bulan Shawal mendirikan rumah itu ʿalamat terbakar lagi berchĕrei dengan kasih atau istri-nya, tiada baik padah-nya ada-nya. Dan kapada bulan Zulkaʿidah mendirikan rumah itu ʿalamat kasukaran akan beruleh padah-nya ada-nya. Dan kapada bulan Zulhaji mendirikan rumah beruleh harta dan sahya dan kerbau dan lembu di-nĕgrahi Allah taʿala akan dia: w’ʿaleyhi al-salam.